haluuu temen temen ku..apa khabar? saya harap anda semua sihat..begitulah ayat pembukaan aku..betapa lah skema nya.. dalam dunia realiti tidak lah aku mampu nak mengucapkan kata kata yang berupa skema cenggitu..silap silap kena baling asid oleh malaun malaun di sekeliling aku ni..
kali ni aku nak story lah sikit pasal aku pergi bbq dengan member..ok sebut baik baik..b.b.q okay..bukan babique..disebabkan geng kutu rayau aku ni sangat lah gempak, jadi plan kita orang untuk berkelah, mrangkap bbq dan mandi air terjun berjalan dengan jayanya..soalan pertama aku tanya ialah tempat berak best ke tak best? nasib lah ada jamban..walaponnn jamban itew bau macam setan..celaka betul.
disebabkan plan ni plan jantan huduh yang aku beri nama odie, maka plan dia memang la vangang sikit..iaitu tido dalam khemah..diulangi tido dalam khemah..skali lagi kawan kawan, TIDO DALAM KHEMAH..penat tak baca ulang kali? penat tak? haha. padan muka. sebelum pergi odie rembat khemah kat rumah dia dua, satu lagi khemah si wan. khemah ni sepatutnya wan hantar balik dekat stor sukan kolej, tapi dia belasah je jadi hak milik dia. bising aje kerani tuh kira khemah tak cukup..semua buat muka toya..
dipendekkan cerita, sampai lah aku along qist wan odie toji apis peot dengan lan.. khemah ada tiga, jadi aku merangkap wanita idaman teruna tido satu khemah dengan along dan qist.. wan odie toji satu khemah.. dan apis peot lan satu khemah.. aku sangat berharap aku tak sleep walking masuk tido dengan teruna teruna jahanam tu..moga tuhan tabahkan iman dan nafsu aku ni..
sampailah kita orang kat lokasi aka tempat kejadian. perghhh dia punya kedamaian tahap langit ketujuh beb.. sejuk gila dol..dengan air terjun yang melimpah limpah.. aku terus jerit jerit kat situ.. aku jerit 'mak kakak nak kawinnnn'..sudahnya kena carut dekat budak lain.. sebab jerit dalam hutan..sangatlah tak menghormati alam flora dan fauna..kupu kupu yang berterbangan boleh kena strok dengar jeritan aku tuh..unggas unggas pon boleh tercirit akibat tersentak dengan laungan aku itew..
tepi tepi sungai dan sekeliling khemah kita orang ramai jugak budak budak remaja yang camping..terasa tua pulak nak dibandingkan dengan budak remaja tuh..memandangkan semua perasan umur masih belasan tahun, aku beramah mesra dengan budak-budak khemah hujung tuh dan bahasakan awak saya.. sah sah budak tu gelak guling guling dalam khemah..orang tengok pon tau dah aku ni lebih tua dari dia..masa taip perkataan tua ni aku sebak..rasa macam menghina diri sendiri pulak..ok lah, aku tukar perkataan tua tu jadi matured..bila taip matured aku rasa lega..gembira pulak rasanya..
korang paham paham lah ye..bila sampai waktu nak pasangkan khemah, selaku wanita yang lemah gemalai, ak tiba-tiba rasa bengap..kebengapan yang hadir bersama kebodohan tiba tiba meresap kat jiwa aku..begitu lah jugak yang dialami oleh along dan qist.. jadi aku taklah rasa sedih sangat memandangkan kebengapan dan kebodohan tu dituju kepada kami bertiga. jadi odie pon bengang gila dengan kita orang..dia buat syarat..dan dan je buat syarat segala bagai ni.
syarat dia, budak laki pasang khemah, budak pompuan masak.. terus je aku menyampuk 'basuh pinggan sama sama!' odie tunjuk penumbuk kat aku..ah belasah je la, bukan masak serius sangat pon.. setakat masak bahan dalam tin, goreng telur dan masak nasik..taraaa dah siap.. tapi jenuh gak beb, masak untuk 9 manusia, pasang khemah tiga ketul je pon.. arghh odie kau bangang!
alkisahnya bermula lepas habis masak dalam pukul 6 cenggitu, si qist jerit kat budak budak laki yang tengah buat aksi aksi yang langsung tak mencabar minda..main bola dalam air..apakah? konon main bola tampar, tapi tengok macam main passing passing bola je gayanya.. tapi si toji dengan lan sambut bola gaya je gempak..siap terselam selam.. tapi hampeh.. itulah ayat seorang wanita yang jeles sebab tak boleh berendam lama lama dalam air.. kena masak!
qist pon jerit laa 'jom makan!' haper lagi dorang pon berlari-lari la naik ke atas.. penat la katakan mandi manda..aku tengok macam nak mencarut pon ada..penat tau masak..cakap la tenkiu ke, tocei ke, arigato ke..buat joget lambak ke sikit..baru berbaloi..wan kata 'yang sardin mesti mataku yang buat. tengok pon tahu dah tak sedap.ko letak racun ke?' dia pon ambik sudip kuis kuis kuah sardin sambil baca ayat kat sardin tu..katanya untuk hilangkan jampi.. aku ketuk kepala dia kuat kuat..hah mengata lagi..aku ni tahap boleh masuk masterchef tau..vugima kau wan!
tiba tiba ada angin yang berhembus kuat sampai tikar yang kita orang duduk, kat hujung2 tu terselak.. semua terdiam.. masa tu hengat tak ada apa apa la kan..jadi kita orang teruskan makan sambil bercakap tanpa henti.. kalau bercakap benda yang takde pekdah memang tu kepakaran kita orang.. bila dah maghrib, si apis imamkan kita orang..bukan kita orang aje, budak budak remaja tuh pon join skali..bentang tikar besar besar..
masa nak menunggu waktu isyak, si qist ni kata dia mengantuk sangat.. budak-budak lain sume tengah bersembang.. bukan nak berzikir ke hapa ke.. jadi aku pon cakap la dekat qist.. kalau ko nak baring, ko baring la dulu..nanti nak isyak aku kejutkan kau..tapi jangan terlena pulak..nnt kena ambik wuduk balik..iye iye je aku cakap dekat dia, si qist ni boleh pulak pejamkan mata dia..skali dia rebah.. aku pon dalam hati ha sudah..elok aje landing atas aku ni..nasib baik aku ni gagah perkasa dan jelita maka sempat la sambut si qist yang nak tumbang ni..berat jugak, nampak je kering makcik ni..
aku pon jerit wei qist pengsan r! budak lain pon terus datang kat aku..bukak telekung dia dan renjis renjis air..kau tahu sapa yang renjiskan air.. si toji! hahahaha..haa kalo korang pernah baca kisah aku yang bertajuk 'pejabat' korang tau la kenapa si toji terer bab bab renjis air kat orang yang pengsan..tapi secara logik memang ler orang renjis air, takkan la nak baling baling batu pulak.. tu nak mampos namanya..
lepas aje majlis renjis merenjis, si qist ni sedar tapi dia membebel.. aku pon syak la dia ni kena sampuk.. dalam reramai budak remaja belia tuh, ada lah sorang yang merangkap ustad ustad.. tengok pon dah tahu ni memang stok stok imam muda ni..tapi kau tau dia belajar apa? pilot doe! pilot! tapi takpe, memandangkan pilot dia tu takde kena mengena dalam hal ni, maka aku terpaksa ringkaskan pasal tu. tapi kannn pilot kot beb! ok dah dah..
tapi kan beb, dia pilot doe! okayy (-__-)
budak tu tak silap aku nama dia firdaus.. aku bahasakan dia fir je lah eh..so si fir ni mintak surah yasin..along yang memang bawak surah yasin pon begitau kat aku yang dia ada bawa. tapi dia suruh aku ambil kan sebab dia uzur..jadi tak boleh pegang..aku pon pergi la ambik..kau hengat aku tak berdebar ke masa tuh.. berdebar doe.. celaka betul laa.. time nak picnic yang tak berapa nak picnic ni la macam macam hal!
fir mintak aku selitkan surah yasin ni bawah sejadah yang qist baring tu..bila aje aku letak yasin bawah tu, terus si qist ni bangun sambil marah marah.. aku pon hah sah! sah ler minah ni kena sampuk.. si jantan jantan tak macho tengok je..semua tak berani nak dekat..si wan lagilah..dia kan ada pengalaman nampak benda benda ni..diam je mamat tuh..aku dengar toji cakap wan kau tak payah masuk dekat lah. kau pergi duduk dengan along..bukan stakat si wan, si apis dengan odie pon tersusun je duduk sebelah along..huh, hampagas betul..jadi aku ni terpaksa kena duduk kat tempat kejadian..sebab sapa nak pegang si qist ni slain aku.. along lak uzur..memang senang kena sampuk la..jadi awal awal lagi dia tak datang dekat..apasal aku tak uzur masa ni..waaaaaa..
tiba tiba qist cakap dia nak makan. tapi bukan dia je nak makan, yang lain pon nak makan jugak..fir pon tanya la siapa yang lain tu, qist cakap habis siapa suruh kau orang ajak semua makan? aku tak kira. aku dengan yang lain nak makan. qist pon bangun..celaka betul la time ni..qist pergi sarungkan balik telekung dia tu..kau bayang eh, dengan pakai telekung macam hantu dah aku tengok, pastu meroyan nak makan.. aku hapa lagi la memang nak peluk je siapa siapa time ni..takut sangat..sebenarnya takut tu takde la sangat..gatal nak peluk je yang lebih..
fir ajak qist berunding..macam nak serahkan melaka pada orang putih je ajak berunding segala bagai ni..qist pon duduk bersila..lagi la semua orang terkejut..fir cakap dia minta maaf sebab mungkin secara tak sengaja ajak kau makan sekali..kita orang tak ada niat pon macam tu..kau pergilah, jangan kacau dia orang ni.. pastu qist lama tenung dia dan angguk..lepas tu qist berdiri.. masa ni semua orang berdiri bulu roma rasanya rambut dalam telekung aku ni dah terpacak tahap besi dah..pastu dia pengsan..pengsan lagi..asyik asyik pengsan..boring betul aku..sebab aku yang kena angkat dia..buat la benda lain macam menyanyi ke..shuffle ke..tak pon main gasing ke..baru lah kreatif..
lepas tu qist tersedar. lemah gila dol dia.. kita orang terus solat isyak..qist solat sambil duduk je..dia tak larat sangat..tapi odie dengan wan solat kemudian..sebab apa? sebab si along ni takut duk belakang tu sorang sorang..perangai ntah apa apa..padahal along tu umur 4 tahun lagi tua dari kita orang..
malam tu kita orang bbq..rupanya geng budak pilot tu pon buat bbq jugak..apa lagi kita org pon bergabung bersatu ahhh lah. dorang bawak kambing beb..perghhh..sempat aku balun sebanyak mungkin..kita orang stakat ayam, sosej dengan udang je..makan sambil borak borak.. masa tido alhamdulillah tak ada apa apa..penat kan..asyik mandi makan..pastu makan balik..
esoknya kita orang masak lagi, sardin, telur goreng, ayam dengan sosej yang lebih malam tadi..makan dengan nasik..pon bergabung dengan budak pilot tuh..padahal dia sorang je pilot..kawan kawan dia yang lain gempak gempak jugak..ada yang belajar luar negara..pergh..kalau lah dorang ni baya aku, kalau lah...perlu ke aku berlakon jadi usia belasan tahun untuk goda fir dan rakan rakan beliau? part paling best, kita org tukar tukar emel fb..hahaha..dan dia dah ada awek..pon pilot jugak..awek dia cun doe..pilot tapi humble je aku nengok..yang tak boleh blahhh tua dua tahun dari fir..woi kalau aku tahu taste dia ni, memang sah sah la si awek dia tuh kecundang..aku yang rembat dulu..huh takpe takpe.. si toji dengan odie ada..tapi bila aku ajak couple dorang mesti baling pisau laju laju kat kepala otak aku ni..haha!
masa kemas kemas, aku paksa jugak teruna teruna jahanam ni basuh pinggan mangkuk.. sempat dia orang maki caci aku.. lepas tu main sabun basuh pinggan macam budak budak.. dalam masa 10 minit je boleh siap basuh semua tu..tapi tahap sejam dorang membasuh..sental apa aku tak tahu..banyak main sabun je aku tengok..asal aku lalu nak angkut pinggan je kena simbah dengan air..air basuh pinggan..kuang ajo betul setan setan ni..
lepas zohor, kali ni takde jemaah jemaah, kemas barang barang..pastu blahh..sebelum blah fir cakap lain kali kalo masuk tempat tempat macam ni, jangan sesuka ati jerit MARI MAKAN! sebab mungkin ada benda lain yang dengar dan ikut makan sekali..kadang kadang kita tak sedar..
lepas blah singgah makan lagi..padahal dah makan sbelum zohor tadi,agaknya dah guna tenaga untuk main sabun tadi..aku pulak rileks je belasah nasik..begitulah cerita haku ni..
Sumber Lagi Kisah Seram: Ghost Stories Club

Sumber
Lagi Kisah Seram: Ghost Stories Club